Ahad, 22 November 2015

Vicha Saywho bina keyakinan

Vicha Saywho Bina Keyakinan

Vicha Bersama Kumpulan Saywho
Vicha Bersama Kumpulan Saywho

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianto Faturohman selepas beliau diuji dalam perkahwinan dan berpisah dengan tiga anaknya,vicha merupakan seorang pelakon,pengacara,pelawak 27,bangkit dengan semangat baru. Selebriti kelahiran indonesia yang dicungkil dari program realiti Maharaja Lawak Mega 2011(MLM) bekerja di Malaysia dengan lebih selesa untuk mencari rezeki disini buat keluarga di indonesia.
Untuk kelancaran perjalanan seninya disini,Vicha kini diuruskan MIG Talent.Vicha akui sejak tinggal di malaysia selama tiga tahun,banyak pihak sedar kehadirannya dalam industri. "Bukan setakat berlakon filem dan persembahan pentas,malah teater, sebenarnya banyak ingin lakukan antaranya di IB(Istana Budaya) berlakon filem dan sebagainya. "Alhamdullilah impian beraksi di IB dimakbulkan Allah melalui pementasan Pak Pandir Yo! ... Terbaru dan paling mengharukan Vicha apabila diberi kepercayaaan memperaga pakaian di pentas peragaan acara fesyen Mercedes Benz. Kata Vicha peluang itu diperoleh apabila diberi tanggungjawab mencari dan  mendapatkan peragawati bertubuh gempal untuk acara itu.   "Tidak sangka dalam masa sama vicha berpeluang memperaga jenama popular dunia.Pada Awalnya memang saya agak gementar kerana persepsi masyarakat Asia terhadap wanita bertubuh gempal masih jauh ke belakang berbanding benua lain.."Bagaimanapun usaha menyakinkan golongan wanita bertubuh gempal supaya yakin dan bangga dengan bentuk tubuh sendiri akhirnya menunjukkan hasil apabila saya turut mendapat kepercayaan ke Eropah tahun depan".
Kata Vicha ,dia amat terharu apabila penganjur berpuas hati dengan hasil kerjanya selepas kejayaan acara itu dan mahu dia bersedia untuk peragaan di luar negara pula. "Saya sudah mula melakukan sesi ujibakat menari peragawati melalui komuniti 'plus-size' yang saya kelolakan sendiri'.komuniti itu diwujudkan untuk membina tahap keyakinan yang tinggi golongan wanita seperti saya".
"Komuniti itu mula mendapat sambutan positif peminat dan wanita bertubuh gempal dari malaysia,indonesia dan singapura". Vicha akui andai masih menetap di negara sendiri. Tidak mungkin mendapat penghargaan sewajarnya. Di Indonesia,bakat baru sering muncul malah sesiapa lambat pasti akan terlepas peluang.

Biodata Mengenai Vicha Saywho :
Nama : Refika Novianti Foturohman
Tarikh Lahir : 7/11/1988
Asal: Indonesia
Populariti : Maharaja Lawak bersama Bocil dan Eko menggangotai kumpulan saywho.
Menetap Di Malaysia sejak tiga tahun lalu
Filem Akan Datang Isteri untuk dijual dan kipidap selamatkan Hari Jadi
Baru Selesaikan pengembaraan Filem Sayu yang Syukur arahan Aaron Aziz
Vicha dalam maharajalawak bersama kumpulan saywho
Vicha dalam Pertandingan Maharaja Lawak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^